• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jumpa Pihak Berkaitan Atasi Masalah Kecurian Di Hentian Bas MBKT

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan peniaga dan penjaja serta pihak berkuasa tempatan untuk mencari alternatif terbaik bagi membendung kecurian yang kerap berlaku di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata pihak polis juga akan menyarankan agar para peniaga dapat meningkatkan sistem keselamatan seperti aspek pencahayaan dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Walaupun anggota polis melakukan rondaan di kawasan hentian itu namun perlukan sistem keselamatan tambahan kerana kawasannya luas, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini para peniaga di kawasan hentian bas tersebut menggesa pihak MBKT mempertingkatkan sistem keselamatan ekoran kekerapan kes kecurian.

Idris berkata sebanyak lapan laporan polis berhubung kes kecurian di hentian bas itu telah diterima pihaknya dalam tempoh sebulan lepas.

Susulan itu, katanya polis telah memberkas seorang lelaki dan berjaya menemukan pelbagai barangan hasil curi.

Sementara itu, Mohd Hairuf Fadzil Ngah, 34, ketika ditemui Bernama berkata kedai pakaiannya dipecah masuk pada 5 Mei lepas.

Seorang lagi peniaga Mohamad Zuwairie Abd Ghani, 28, berkata sepanjang bulan lalu, lebih 10 buah kedai di hentian bas berkenaan telah dipecah masuk dan mendakwa CCTV di hentian bas itu tidak berfungsi.

“Saya berharap pihak berwajib dapat mengetatkan sistem kawalan keselamatan bagi mengelak tempat itu menjadi sasaran dan kami terpaksa menanggung kerugian kerana perkara ini (kecurian) makin menjadi-jadi,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=u1VH23–F58

Tags: polisTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd