• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Desak Kerajaan Benarkan Pelarian Masuk Malaysia!

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bakal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan membenarkan semua pelarian Rohingya dan Bangladesh memasuki negara ini atas dasar moral dan kemanusiaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengecam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana dilaporkan enggan membenarkan bot yang membawa pelarian tersebut memasuki Malaysia baru-baru ini.

“Saya dan PKR amat prihatin dan risau tentang keadaan pelarian Rohingya dan Bangladesh yang kini tersadai di tengah laut.

“Kerajaan perlu menyediakan bantuan kemanusiaan asas dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, dan keperluan perubatan asas pada kadar segera.

“PKR turut meminta pasukan TLDM mengenal pasti mana-mana lagi bot yang mengandungi pelarian dan memberi bantuan segera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dakwa Wan Azizah, tidak berguna Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN jika gagal membantu dan menerima golongan pelarian tersebut.

Justeru, katanya, beliau akan membangkitkan isu itu dalam sidang Parlimen apabila Rang Undang-Undang Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (Pindaan) 2015 akan dibahas.

Akhbar bagaimanapun melaporkan beberapa pakar ademik berpandangan langkah kerajaan melarang pelarian terbabit memasuki Malaysia adalah wajar demi keselamatan negara.

Pakar berpendapat adalah perlu menjadi dasar utama Malaysia mengutamakan keselamatan dan ketenteraman rakyatnya terlebih dahulu sebelum memberi perhatian kepada pihak lain.

Pakar juga berpendapat, tindakan itu juga isyarat kepada negara asal pendatang dan pelarian itu bahawa Malaysia, sebuah negara dunia ketiga dan kecil sudah tidak mampu lagi menanggung beban menerima kehadiran kumpulan tersebut.

Jika kehadiran dan kemasukan kumpulan tersebut tidak dikekang, ia akan membebankan negara dari segi perbelanjaan dan infrastruktur memandangkan kem dan pusat penempatan sedia telah pun menempatkan ribuan pendatang asing.

“Kalau kita terima lagi kehadiran dan kemasukan kumpulan itu selepas ini, keadaan akan menjadi tidak terkawal dan mengancam keselamatan dan kemakmuran negara.

“Kita negara kecil dan bukan kuasa besar, malah kemampuan kita untuk menjaga kumpulan yang baharu ini dan yang sedia ada adalah terhad,” katanya seorang penganalisis dan pakar politik antarabangsa baru-baru ini. – Mynewshub.cc

Tags: PKRRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd