• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertandingan Ratu Pondan Di Miri Diharamkan – Datuk Bandar

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Penganjur pertandingan Ratu Pondan diberi amaran keras supaya tidak mengadakan pertandingan itu di Bandaraya Miri bersempena sambutan apa jua perayaan, termasuk hari bandar raya, yang disambut setiap tahun.

Datuk Bandar Miri Lawrence Lai berkata Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak akan menyokong sebarang permohonan untuk mengadakan acara sedemikian kerana memahami sensitiviti agama dan budaya setempat.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa peningkatan trend pertandingan ratu pondan di sini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Bandaraya Miri yang diraikan pada 20 Mei.

“MBM tidak pernah meluluskan atau memberi kebenaran bagi penganjuran acara seperti itu dan ia bukan sebahagian daripada sambutan Hari Bandaraya Miri kami,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lai mengulas tentang pertandingan Miss Transuniverse Miri 2015 yang dijadual diadakan hari ini di sebuah hotel di sini yang membangkitkan kemarahan kalangan masyarakat setempat.

Berdasarkan semakan dengan para pegawainya, Lai berkata tiada lesen atau permit dikeluarkan bagi acara itu dan MBM pastinya tidak pernah terlibat secara langsung dengan penganjur pertandingan itu.

Khamis lepas, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Sarawak (MAPIM) Mohammad Fariduddeen Rosli mengeluarkan kenyataan media memohon penganjur membatalkan acara itu.

“Kami menerima maklumat bahawa terdapat peserta beragama Islam dalam pertandingan itu yang jelas merupakan kesalahan mengikut Seksyen 25, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, Ordinan 46 Tahun 2001,” katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa terutamanya Jabatan Hal Ehwal Islam Sarawak supaya mengambil tindakan segera sekiranya acara seperti itu diadakan.

Persatuan Dayak Miri turut berkongsi sentimen berhubung perkara itu terutamanya apabila ia melibatkan busana tradisional Iban dan mahu kerajaan negeri mengharamkan acara itu di Sarawak.

Presidennya Serawa Budol berkata pertandingan ratu cantik yang menonjolkan golongan pondan menggunakan tema atau busana tradisional Iban perlu diharamkan serta merta memandangkan ia mencemarkan budaya, sejarah dan kesucian tradisi silam kaum Iban di Sarawak. – BERNAMA

Tags: Pondansarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd