• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Bantah GST: Lima Lagi Ditahan

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 35 ditahan bagi membantu siasatan susulan penglibatan mereka dalam Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) di sini, petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata lima yang ditahan itu ialah Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, aktivis Hishamuddin Rais dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.

“Rafizi, Hishamuddin dan Hatta ditahan pada tengah hari tadi dan permohonan reman akan dilakukan esok manakala bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga ditahan semalam, Anthony Loke dan Arutchelvan dimohon reman pada hari ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

“Anthony Loke, Arutchelvan dan Ambiga akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 143 dan 141 Kanun Keseksaan manakala Hishamuddin, Hatta dan Rafizi akan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, polis menahan seramai 30 individu termasuk Ambiga kerana terlibat dalam Perhimpunan Bantah GST di ibu kota.

Sebelum ini, polis memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan berkenaan yang dipercayai melanggari peraturan dan undang-undang antaranya melakukan vandalisme terhadap harta awam, menggunakan bom asap dan membawa kanak-kanak ketika berlangsungnya perhimpunan. – BERNAMA

https://youtu.be/NXmdYJYK3fE

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Felcra Sasar Keuntungan RM150 Juta Tahun Ini

Next Post

PM Dengar Suara Generasi Kedua Felda – Hasan

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

PM Dengar Suara Generasi Kedua Felda - Hasan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd