• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Jurutera Awam DBKL Dituduh Terima Suapan

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penolong jurutera awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memperoleh suapan bernilai lebih RM50,000 berhubung projek penyelenggaraan parit tiga tahun lepas.

Mohd Dasuky Abdul Manaf, 27, yang ketika itu bertugas sebagai juruteknik awam di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL, didakwa memperoleh suapan dalam bentuk menjalankan kerja-kerja memasang penghadang jalan bagi projekpenyelenggaraan parit induk bernilai RM56,240 daripada Syarikat Primak secara subkontraktor kepada syarikat milikya, Teras Paskal Enterprise, di Jalan 2/48A dan Jalan Dato Senu 3, Sentul di sini antara Mei hingga Julai 2012.

Suapan itu sebagai dorongan untuknya memperakukan dan mengesahkan keseluruhan kerja yang dilaksanakan oleh Syarikat Primak dalam Laporan Siap Kerja Undi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan itu atas alasan dia tidak mampu membayarnya kerana menanggung isteri, seorang anak dan ibu bapa.

Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan. – BERNAMA

https://youtu.be/1TQXC5W66sk

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd