GARA- GARA tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob yang membatalkan jaringan Ahmad Nordin Alias selepas dikatakan offside pada aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu bertemu Lions XII, penyokong Terengganu bertindak ganas apabila dikatakan merusuh di dalam dan luar stadium Gong Badak, malam tadi.
Dikatakan kerana kejadian itu, pihak Polis Simpanan persekutuan (FRU) telah cuba mengawal keadaan tetapi kira-kira 500 orang penyokong Terengganu telah membaling batu ke arah pihak FRU.
Stadium Gong BAdak Dibakar by mynewshub
https://www.youtube.com/watch?t=70&v=pL9CFohWwlU
Empat anggota polis turut cedera sementara lima kenderaan rosak termasuk sebuah ambulans yang dibakar.
Penyokong Terengganu bertindak agresif dengan membaling objek termasuk botol air, bungkusan makanan serta air tin ke dalam padang dan membakar suar.
Keadaan itu memaksa bas membawa penyokong Lions XII menangguhkan perjalanan pulang dan difahamkan mereka berjaya keluar daripada kawasan stadium kira-kira jam 2.30 pagi.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq

