• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Mahu Masyarakat Dunia Kutuk Myanmar

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seluruh dunia perlu mengutuk pentadbiran Presiden Myanmar, Thein Sein kerana seolah-olah ‘menghalalkan’ kezaliman yang sedang berlaku ke atas etnik Rohingya.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sikap pentadbiran Yangon adalah penyebab etnik Rohingya ditindas dan diperlakukan seperti pelarian di negara sendiri.

“Masyarakat antarabangsa melihat etnik Rohingya bukan atas nama agama semata-mata, akan tetapi isu kemanusiaan dan diskriminasi bangsa kerakyatan oleh sebuah pentadbiran negara demokrasi yang dilihat tercemar dan dicabuli,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, negara-negara Islam memang patut menyuarakan kekesalan ke atas kerajaan Myanmar kerana etnik Rohingya adalah mereka yang beragama Islam.

Katanya, pentadbiran Yangon mesti menjadikan agenda keamanan sebagai misi utama di Myanmar agar masyarakat antarabangsa menghormati dan bersedia membantu perkembangan pembangunan semula negara itu.

Katanya, diskriminasi tidak berperikamanusian terhadap etnik Rohingya menyebabkan masyarakat antarabangsa kesal dengan pentadbiran Yangon pada waktu ini. – mynewshub.cc

 

Tags: MyanmarPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd