Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Majlis Perarakan Skuad Helang...

ALOR SETAR - Skuad Kedah dengan jolokan 'Helang Merah', yang muncul juara Liga...

Orang Asli Mahu Pembalakan...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak mahu...

Biro Tatanegara Tiada Faedah...

KUALA LUMPUR - "Badan seperti BTN (Biro Tatanegara) tidak ada faedah untuk orang...

Tindakan Kadir Pertahan PH...

PETALING JAYA - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendakwa tindakan penasihat media...

Pemuda PAS Mahu Ahli Myvi Familia Club Dikenakan Hukuman Tegas

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan paling keras ke atas enam pemandu Myvi yang menyebabkan tiga beranak maut dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duke semalam.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, tindakan paling keras perlu dikenakan ke atas pelumba-pelumba haram terbabit supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Kecoh hari ini kes tiga beranak meninggal dunia akibat dirempuh oleh salah sebuah dari enam Myvi yang berlumba di lebuhraya Duke. Turut menjadikan dua kanak-kanak sebagai yatim piatu. Tindakan paling keras wajar diambil kepada pelumba-pelumba ini,” katanya dalam satru kenyataan hari ini.

Semalam, sepasang suami isteri beserta bayi mereka yang baru berusia enam bulan menjadi korban satu kemalangan ngeri membabitkan kereta Pajero Sport dan Perodua Myvi di Lebuhraya Duke arah Damansara pada awal pagi.

Kereta Pajero Sport yang dinaiki mangsa dilaporkan terbalik dan mengakibatkan tiga beranak itu tercampak keluar lalu meninggal dunia serta merta.


Menurut saksi kejadian, kemalangan berlaku gara-gara enam buah kereta Perodua Myvi berlumba sesama mereka di lebuh raya pada waktu berkenaan.

Keenam-enam pemandu Perodua Myvi terbabit dipercayai merupakan ahli Myvi Familia Club.

- MYNEWSHUB.CC


Berlumba? Kes 6 Myvi Ragut Sebuah Keluarga by mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori