• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Bina Banyak Rumah Untuk Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) lebih cemerlang dalam membantu mangsa banjir di Kelantan berbanding Kerajaan Persekutuan.

Ketua DPPM, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya selaku sayap parti PAS telah membina lima buah Rumah Budiman untuk mangsa banjir di Manik Urai.

“Mengikut maklumat sehingga 14 Mei 2015 terdapat 1,821 unit rumah yang musnah dalam banjir besar di Kelantan pada Disember 2014.

“Tanggungawab kerajaan Kelantan membina 600 dan telah menyiapkan 48 rumah. Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan membina 1,221 buah rumah dan hanya menyiapkan enam buah rumah.

“Jika perbandingan dibuat di antara prestasi sebuah kerajaan dan sebuah sayap parti maka prestasi DPPM lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan,” dakwanya melalui Facebook beliau hari ini.

Beliau membuat dakwaan itu sebagai sebahagian daripada kempennya menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Jun depan yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor.

Jawatan beliau akan dicabar oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Suhaizan berkata, rakyat Kelantan yang kehilangan rumah sebahagian besarnya adalah masyarakat yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, tanpa rumah kekal, mangsa terbabit berada di khemah-khemah sementara, menyewa dan menumpang di rumah saudara mara.

“Jika mangsa banjir tidak mendapat rumah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 maka isu rumah boleh menggugat kerajaan Kelantan,” tegasnya. – mynewshub.cc

 

 

Tags: PASRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd