KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menganggap The Red Warriors (TRW) berada dalam kategori `underdog’ sewaktu menentang pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur malam ini.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pasukan Kelantan juga dianggap sebagai `underdog’ kerana perlu beraksi di depan penyokong lawan pada aksi Piala FA tersebut.
“Namun saya percaya dgn izin Allah S.W.T, TRW mampu membuat kejutan. Saya harap TRW berjuang habis-habisan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar dalam pada itu memberi jaminan KAFA akan memberi ganjaran besar kepada pemain-pemain Kelantan jika mereka layak ke pusingan akhir Piala FA 2015.
“Kiranya mereka layak ke Final, kita akan berikan ganjaran terbesar musim ini. KAFA bersama penaja bersetuju mewujudkan bonus khas untuk ke final,” katanya. – mynewshub.cc

