• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Digantung Sekolah Buat Rakaman Di Tandas Guru Wanita

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dua budak lelaki berusia 14 tahun sanggup memanjat siling sebuah sekolah terbaik di sini dan menunggu selama berjam-jam untuk merakam video guru perempuan menggunakan tandas.

Dua pelajar Tingkatan 2 terbabit dipercayai mengambil lebih dari 10 gambar dan video guru-guru di sekolah mereka.

Mereka memanjat ke siling tandas pelajar sebelum berjalan di ruang atas untuk membuat rakaman di tandas wanita ketika waktu rehat persekolahan.

Walau bagaimanapun, mereka telah ditangkap pada 27 April lalu selepas seorang guru mendengar bunyi dari siling dan menjerit meminta bantuan.

Ketika ditanya oleh guru disiplin dan empat orang anggota kakitangan lain, mereka mengaku telah menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan lalu.

Mereka berdua telah digantung persekolahan dan ibu bapa mereka telah dimaklumkan mengenai tindakan tatatertib yang dikenakan pada hari yang sama.

Salah seorang guru, 51, juga membuat laporan polis, bimbang kemungkinan video dan gambar telah dimuat naik dalam talian.

“Guru-guru bimbang bahawa kes itu mungkin menjejaskan reputasi mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Wira Md Yunos Husin.

“Kita tidak boleh menyembunyikan perkara ini kerana ia melibatkan kakitangan di sebuah sekolah terkenal,” katanya, menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Md Yunos juga memberi jaminan kepada guru-guru bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan tidak ada gambar atau video yang telah disebarkan dalam talian.

Polis Melaka Tengah berkata mereka akan merekodkan kenyataan daripada semua guru yang terlibat dan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah tidak lama lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata guru dan ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni.

“Kita mahu siasatan mendalam tentang kes ini,” katanya.

Idris berkata, sekolah perlu menyediakan tandas yang berasingan untuk guru dan pelajar, yang jauh anatar satu sama lain.

Beliau juga menyeru agar pengawas ditempatkan untuk memantau keadaan berhampiran. – mStar Online

Tags: Gurupelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd