• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Diraja Perak Jalani Istiadat Tabal Pusaka

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Balairung Seri Istana Iskandariah sekali lagi menjadi saksi detik bersejarah berlangsungnya Istiadat Tabal Pusaka malam ini sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah XXXV di sini.

Istiadat Tabal Pusaka, adalah upacara penyerahan 16 alat kebesaran seperti Pedang Cura Si Manja Kini dan Geliga Embun serta nobat kepada Sultan Nazrin Shah.

Upacara dimulakan dengan 16 jejawat perempuan membawa lilin masuk mengambil tempat di Balairung Seri diikuti Bentara perempuan membawa masuk Perkakas Istiadat Merenjis untuk diletakkan di atas meja khas di kiri dan kanan tempat persemayaman.

Ia disusuli dengan Istiadat Membawa Masuk Perkakas Kerajaan yang diketuai cucunda Almarhum Sultan Azlan Shah iaitu Yang Mulia Abdul Latif Datuk Seri Mohd Salleh, yang juga anakanda saudara Sultan Nazrin Shah, diikuti sida-sida dan biduanda-biduanda.

Kemudian jejawat-jejawat yang membawa masuk Lembing dan Payung Kerajaan mengambil tempat di Balairung Seri.

Suasana hening menyelubungi Balairung Seri sebaik Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim melangkah masuk ke dalam Balairung Seri diiringi paluan nobat.

Istiadat diteruskan dengan Abdul Latiff menghadap dan mempersembahkan Pedang Cura Si Manja Kini kepada Sultan Perak yang kemudian meriba pedang itu.

Raja Chik Muda Pawang Diraja Raja Rosli Raja Mohamad mengangkat sembah pohon limpah perkenan Sultan Perak untuk memulakan istiadat memulih perkakas kerajaan dan perkakas nobat diraja.

Kemudian Istiadat Merenjis Tepung Tawar dimulakan oleh Raja Rosli yang merenjis tepung tawar Sultan Perak dan Raja Permaisuri, disusuli terhadap perkakas kerajaan.

Sejurus itu sida-sida dan biduanda yang membawa perkakas kerajaan bergilir-gilir menghadap Sultan Perak dan Raja Permaisuri, diikuti Toh Setia Guna bersama Orang Kalor membawa masuk perkakas nobat menghadap pasangan diraja itu.

Upacara merenjis tepung tawar diakhiri dengan bacaan doa dan Raja Rosli menghadap serta mengambil Pedang Cura Si Manja Kini daripada Sultan Nazrin Shah.

Kemudian Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara beredar ke kawasan Panca Persada untuk memulakan Istiadat Bersiram Tabal. Seusai istiadat itu pasangan diraja berangkat ke Bilik Kesenangan di dalam istana.

Istiadat Santapan Nasi Berastakona di Balairung Seri mengakhiri Istiadat Tabal Pusaka.

Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak kemudian berangkat ke dewan santapan untuk menghadiri majlis santapan malam. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Janji Tingkat Azam Pastikan Kejayaan PRU14

Next Post

Terminal Lapangan Terbang Rome Terbakar

Related Posts

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

Sultan Nazrin Terima Menghadap Perdana Menteri Di Istana Kinta

Sultan Nazrin Terima Menghadap Perdana Menteri Di Istana Kinta

02/12/2022
0

IPOH : Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana...

Next Post

Terminal Lapangan Terbang Rome Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd