• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Janji Tingkat Azam Pastikan Kejayaan PRU14

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata gabungan parti itu bertekad untuk mengukuhkan azam bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

“Terima kasih atas usaha semua di Permatang Pauh. @barisanasional akan tingkatkan lagi azam untuk berjaya di pilihan raya akan datang,” katanya dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook.

Keputusan PRK Permatang Pauh menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,841 undi apabila memperoleh 30,316 undi untuk mengalahkan calon BN Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.

Dua lagi calon iaitu Salleh Isahak (Bebas) mendapat 367 undi dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia memperoleh 101 undi. Undi rosak ialah 843 undi.

Di MILAN, Timbalan Pedana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima keputusan PRK itu dengan hati terbuka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera BN di atas kegigihan mereka dan para pengundi yang memilih calon BN.

Pada masa sama, beliau meminta parti-parti komponen BN supaya terus berusaha demi gabungan parti itu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd