• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terminal Lapangan Terbang Rome Terbakar

oleh Ahmad Albab
08/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROME – Sejumlah penerbangan dibatalkan dan jadual perjalanan beribu-ribu penumpang terjejas selepas sebahagian terminal di Lapangan Terbang Fiumicino terbakar.

Lapangan terbang utama itu ditutup kepada penumpang selama beberapa jam selepas kebakaran berpunca daripada kerosakan elektrikal di bahagian bar di terminal tiga yang digunakan untuk penerbangan antarabangsa.

Sebaik lapangan terbang dibuka semula, suasana kecoh melanda apabila beribu-ribu orang ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan kakitangan lapangan terbang pula terburu-buru untuk mengendalikan jadual penerbangan yang tertunda dan mengendalikan penumpang bagi menaiki pesawat.

Penerbangan pertama hanya berlepas selepas jam 2 petang (waktu tempatan) dan jadual sebahagian syarikat penerbangan terus terpadam Syarikat penerbangan Itali, Alitalia berkata, pihak berkuasa meminta semua syarikat penerbangan supaya membatalkan separuh daripada jadual penerbangan mereka dan berusaha mengatasi masalah dengan menggunakan pesawat lebih besar.

Sehubungan itu, tiga pekerja lapangan terbang dirawat kerana sesak nafas tetapi tiada kecederaan serius.

Kebakaran bermula selepas tengah malam dan berjaya dikawal sepenuhnya selepas lima jam menyebabkan pihak berkuasa membatalkan sebahagian besar penerbangan dan menutup lapangan terbang kepada penumpang.

Sementara itu, kawasan membeli-belah di terminal yang menempatkan butik berjenama mewah musnah dalam kebakaran berkenaan. -AFP

https://www.youtube.com/watch?v=pa4YEJIZ0tQ

Tags: lapangan terbangRom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd