• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Jadikan Mimbar Jumaat Untuk Berkempen

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mimbar Masjid Batu di Kampung Pertama di Permatang Pauh dekat sini, dijadikan pentas politik apabila khatib yang menyampaikan khutbah Jumaat meminta anggota jemaah mengundi calon PKR pada hari pengundian 7 Mei ini.

Khatib Subri Arshad meminta umat Islam dan pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Wan Azizah, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Masjid Batu merupakan masjid yang menjadi tumpuan penyokong tegar PAS dengan pelbagai kegiatannya disertai anggota dan penyokong parti itu.

“Kalau ada orang pertikai (tindakan saya) sama ada boleh atau tidak (berkhutbah begini), saya ingin menyatakan bahawa Islam tidak pernah memisahkan antara agama dan politik,” katanya dalam khutbah pertama solat Jumaat bulan ini.

Dalam khutbahnya, khatib berkenaan juga mengkritik kerajaan termasuk berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Subri merupakan bekas calon PAS yang menentang bekas Perdana Menteri TunAbdullah Ahmad Badawi di Parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum ke-12. – BERNAMA

Tags: PASPRK Permatang Pauh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd