• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Tidak Akan Berkompromi Dengan Prosiding Siasatan 1MDB

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan berkompromi jika terdapat unsur penipuan sepanjang prosiding siasatan berhubung isu berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan bertindak tegas sekiranya terdapat tindakan menipu bertujuan melengahkan prosiding siasatan melibatkan dua saksi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO Datuk Shahrol Halmi yang tidak hadir pada prosiding minggu lepas.

“Kali ini jika terdapat sebarang bukti mereka menipu kami, kami (PAC) akan lebih agresif daripada biasa,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Kementerian Pertahanan di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Menjelaskan isu itu, Nur Jazlan berkata beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa kedua-dua saksi penting berkenaan mempunyai urusan di luar negara.

“Semua orang telah mendengar begitu banyak tuduhan, sindiran dan macam-macam, dan mereka tidak tahu sama ada ia benar atau palsu dan ada kecenderungan untuk mengisytiharkan beberapa orang yang bersalah.

“Bila mereka datang, kami akan tanya sama ada benar atau tidak mereka tidak berada di dalam negara pada tarikh mereka sepatutnya berjumpa kami,” katanya.

Beliau berkata semua pihak tidak seharusnya mendengar pelbagai dakwaan berhubung isu 1MDB, sebaliknya membenarkan prosiding siasatan dijalankan dengan sebaiknya.

Mengenai surat kepada Kementerian Kewangan pada 25 Mei lepas bagi memanggil dua firma yang mengaudit 1MDB, katanya PAC belum boleh mengesahkan kehadiran wakil daripada kedua-dua firma iaitu Firma Deloitte & Co yang dijadual bertemu PAC pada 10 Jun sementara firma KPMG pula dijadual hadir pada 17 Jun.

Terdahulu, Nur Jazlan berkata prosiding PAC hari ini memanggil Kementerian Pertahanan bagi mendapat penjelasan mengenai pembinaan dan pengurusan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Padang Tembak, di sini berikutan pembinaan bangunan bernilai RM103 juta itu yang lewat siap.

Nur Jazlan berkata antara individu yang dipanggil ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Datuk Dr Rothiah Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Datuk Mohammad Foad Abdullah.

“Ini jenis bangunan tinggi pertama yang dibina ATM. Inilah kali pertama mereka dipertanggungjawabkan membina bangunan tinggi Wisma Perwira yang tarikh mula buat pada 28 Ogos 2008, siap sebenar 19 Mac 2012 dan mengalami kelewatan
masa 389 hari selain isu-isu lain yang dikenal pasti ialah kualiti pembinaan, isu kontrak dan mengenai pemantauan bangunan itu,” katanya.

Selain itu, Nur Jazlan berkata pihaknya juga akan memanggil dua pegawai berkaitan isu pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kepala Batas, Pulau Pinang serta pengurusan Prasarana dan kemudahan Wisma Transit Tentera Darat di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd