Sample Page Title

WASHINGTON DC — Sejak di sekolah, guru selalu mengajarkan murid bahawa hanya burung dan mamalia adalah haiwan berdarah panas, sedangkan spesies ikan, reptilia, dan amfibia adalah binatang berdarah sejuk.

Namun, penemuan terkini saintis dari Pentadbiran Atmosfera dan Kelautan Nasional (NOAA) di Amerika Syarikat yang diterbitkan menerusi jurnal ternama Science pada 14 Mei lalu bakal mengubah pemahaman sains tersebut.

Pakar biologi NOAA, Nicholas Wagner mengesahkan mereka berjaya menemui sejenis ikan berdarah panas yang pertama di dunia, opah atau juga disebut ikan bulan, sunfish, kingfish, redfin ocean pan atau Jerusalem haddock.

Opah sebenarnya popular dalam masakan Jepun khasnya sebagai sushi dan sashimi awal 1990-an lalu, malah ikan ini terkenal di kebanyakan restoran makanan laut di Hawaii walaupun 65 peratus isinya ialah tulang kulit keras.

Haiwan berdarah panas mampu mengatur suhu tubuh dengan mekanisme dalaman manakala berdarah sejuk pula suhu tubuhnya selalu berubah sesuai persekitaran dan melakukan adaptasi terhadap suhu dengan tingkah laku.

Spesies hiu dan tuna adalah contoh haiwan berdarah dingin yang mampu menyelam pada kedalaman dan suhu sejuk tetapi waktu tertentu, ikan ini perlu kembali ke permukaan untuk melindungi organ utama seperti jantung.

Sebaliknya dalam penelitian NOAA, Wagner dan rakannya menanda sejumlah opah yang hidup di pantai dalam California bagi mengkaji pergerakan, membaca suhu tubuh, serta suhu dan kedalaman tempatnya bergerak.


Hasilnya mereka mendapati fakta bahawa ikan itu mempunyai suhu tubuh stabil sekitar 7 darjah Celsius lebih tinggi daripada persekitaran bahkan mempertahankan suhu tubuh dengan berterusan menggerakkan sirip dada.

“Dengan menjadi endoderm (menghasilkan panas dari dalam), opah tidak perlu bergerak ke permukaan untuk sekadar hangatkan badan dan boleh tetap pada kedalaman dekat sumber makanannya sendiri,” kata Wagner.

Opah atau nama Latin iaitu Lampris guttatus adalah ikan jenis pelagis yang berat dewasa secara purata ialah 90 kilogram dengan tubuh montel berukuran setara serta lazim ditemui nelayan sebagai berbentuk bujur.

Ikan saiz raksasa ini sering menghabiskan hidupnya pada kedalaman 50 sehingga 300 meter di laut untuk berburu sotong; kebanyakan di perairan Lautan Pasifik Timur, Lautan Atlantik Barat dan suhu sejuk di Lautan Hindi.

Owyn Snodgrass dari NOAA menjelaskan, opah juga boleh mengekalkan suhu kerana struktur unik pada insang yang memungkinkan darah meninggalkan organ itu dihangatkan sebelum disebarkan ke seluruh tubuh. – Agensi/H.A.AMREE

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Sebelum kita beriya-iya membawang mengenai isu "kapal dah bayar tetapi tak dapat" seharusnya kita...

ISU KAPAL LCS: KEGAGALAN KEDUA RAFIZI HASUT RAKYAT

Memang tugas Rafizi Ramli menghasut rakyat. Apatah lagi dia kini Timbalan Presiden PKR. Jika...

4,684 Kes Baru, 11 Lagi Kematian

Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...

Penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Sia-Sia, Bertindan – TI-M

KUALA LUMPUR : Transparency International Malaysia (TI-M) tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan...

Kesatuan Eropah Seru Ketegangan Gaza Dihentikan

BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang tindakan...

Kartel Dadah Mexico Balut Mayat Seperti Mumia

BANDAR RAYA MEXICO – Anggota-anggota sebuah kartel dadah dilaporkan membunuh dua orang, membalut mangsa...

Pelajar Tingkatan Satu Ditahan, Curi Tabung Surau

Ampang Jaya : Tindakan seorang pelajar tingkatan satu dan rakannya mencuri tabung di sebuah...