Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dong Zong, Yew Yin,...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Dong Zong, Koon Yew...

Tiada Tangkapan Isu Kain...

SEREMBAN - Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini berkaitan isu pemasangan gegantung provokasi...

Lima Bulan Berlalu, Kini...

SIAPA yang tidak kenal dengan lontaran vokal lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora...

Baik Pulih SK Penimbawan...

MUAR - Peruntukan untuk membaik pulih Sekolah Kebangsaan Penimbawan di Tuaran, Sabah telah...

Najib, Rosmah Menghadap Maharaja, Maharani Jepun Hari Ini

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace di sini.

Najib dan isteri tiba di Imperial Palace pada 10.15 waktu tempatan (9.15 waktu Malaysia) dan disambut ketua istiadat Imperial Palace Yoshitaka Akimoto.

Mereka diiringi Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.

Perdana Menteri dan isteri kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe.


Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 pemimpin industri, di mana beliau dijangka mempelawa ahli perniagaan Jepun untuk terus melabur di Malaysia dan mengambil peluang daripada persekitaran ekonomi negara yang pelbagai dan kondusif untuk mengembangkan perniagaan.

Pada sebelah malam, Najib akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Abe sebelum menghadiri majlis jamuan rasmi di kediaman perdana menteri di Chiyoda-ku.

Sementara itu, Rosmah akan mempunyai program berasingan dan beliau dijangka melawat Institute for Radiological di Chiba. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori