• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Naik Kereta Api Laju Shinkansen Ke Sendai

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa merasai sendiri pengalaman menaiki Shinkansen, kereta api laju terkemuka Jepun, yang memecut dengan kelajuan 320km sejam.

Diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menaiki kereta api Hayabusa 15 Shinkansen itu pada pukul 10.40 pagi (9.40 waktu Malaysia) untuk ke bandar raya Sendai kira-kira 325km dari sini.

Perjalanan itu mengambil masa 96 minit, berbanding lebih empat jam melalui jalan raya.

Turut serta ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Duta Malaysia di Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.

Terdahulu, Najib dan delegasi Malaysia diberikan taklimat mengenai perkhidmatan kereta api Shinkansen dan pembangunan di sekitar Stesen Tokyo oleh para pegawai syarikat kereta api East Japan Railway Company, yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Tetsuro Tomita.

Tetsuro memberitahu perdana menteri bahawa kereta api yang dinaikinya ke Sendai menggunakan teknologi terkini.

“Ini adalah kereta api terbaharu dengan teknologi terkini, dengan kelajuan 320km sejam…ini merupakan kelajuan biasa operasi dan selamat,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata negara ini mahu melihat teknologi Shinkansen digunakan dalam perancangan projek kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura.

“Saya berharap dapat melihat Shinkansen merentasi landasan di bumi Malaysia,” katanya pada sidang akhbar bersama Najib selepas mesyuarat dua hala mereka di Pejabat Perdana Menteri Jepun itu.

Dalam jawapan balasnya, Najib berkata beliau percaya Jepun akan mengemukakan tawaran yang amat kompetitif bila tiba masanya nanti.

Diperkenalkan pada 1964, perkhidmatan Shinkansen kini meliputi 2,400 kilometer dan merentasi keseluruhan Jepun.

Awal bulan ini, Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong mengesahkan bahawa kedua-dua negara komited sepenuhnya memastikan kejayaan projek kereta api berkelajuan tinggi yang dijangka mengurangkan masa perjalanan kepada hanya 90 minit berbanding lebih tiga jam perjalanan menggunakan jalan raya.

Selain Jepun, beberapa negara seperti China, Perancis, Korea Selatan dan Jerman telah menunjukkan minat untuk menyertai projek itu.

Dilaporkan di sini bahawa Jepun juga sedang melobi untuk memperkenalkan Shinkansen dalam projek kereta api berkelajuan tinggi antara Bangkok dan Chiang Mai di Thailand, dan Jakarta serta Bandung di Indonesia. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=8jkE6jHFv-o

Tags: jepunNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tinggal Seru Tuhan Untuk Stacy Peluk Islam” – Akim Ahmad

Next Post

VIDEO: Malang..Penunggang Basikal Dihempap Papan Tanda

Related Posts

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

Next Post

VIDEO: Malang..Penunggang Basikal Dihempap Papan Tanda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd