• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bentang RMK-11 Di Dewan Rakyat 11.30 Pagi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara, di Dewan Rakyat pukul 11.30 pagi Khamis.

Beliau yang juga Menteri Kewangan akan mengemukakan usul RMK-11 selepas selesai sesi soal jawab lisan yang akan bermula pukul 10 pagi.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, perdana menteri antara lain akan mencadangkan bahawa Dewan merestui usaha kerajaan untuk terus melaksanakan Dasar Transformasi Nasional dengan disokong oleh Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sebagai rangka dasar pembangunan untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Dalam kenyataan di laman media sosial beliau Rabu, Najib menyifatkan pembentangan RMK-11 sebagai ‘pecutan’ kemaraan Malaysia dalam mencapai wawasan negara itu.

Perdana menteri sebelum ini dilapor sebagai berkata keutamaan rakyat terutama berkaitan kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan infrastruktur luar bandar akan terus menjadi fokus RMK-11.

Fokus istimewa akan diberikan terhadap pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional, katanya.

Perbentangan RMK-11 boleh diikuti orang ramai secara langsung melalui blog rasmi Najib di www.najibrazak.com selain turut disiarkan secara langsung oleh RTM. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd