• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Jadikan 2 Kampung Di Baram Sebagai Kampung Angkat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kerajaan Persekutuan akan memberikan sokongan penuh kepada pembangunan Nod Pertumbuhan Baram yang dipilih untuk Stesen Pertanian Tanah Tinggi Bersepadu (IHAS), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sebagai tanda sokongan, beliau akan menjadikan Long Peluan yang mempunyai majoriti penduduk Kelabit dan Long Beruan dengan majoriti penduduk Penan, yang di bawah IHAS, sebagai kampung angkat.

“Mereka akan mendapat perhatian istimewa daripada saya, dan saya berharap untuk menerima laporan kemajuan kedua-dua buah kampung ini setiap suku tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menghadiri taklimat mengenai pembangunan IHAS yang meliputi lapan buah kampung, yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.

Muhyiddin berkata tiga aspek pembangunan yang diberi keutamaan terhadap kedua-dua kampung itu ialah pendapatan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Kerajaan negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini menyatakan dari segi saiz, IHAS di Baram dianggarkan lebih besar daripada Kundasang di Sabah dan Cameron Highlands di Pahang, dengan lokasi ketinggiannya ialah 3,000 kaki di atas paras laut.

Jabatan Pertanian Sarawak akan memulakan pelaksanaan IHAS yang meliputi kawasan 634 hektar, manakala kerja-kerja di kawasan seluas 20 hektar sudah pun bermula.

Selain itu, projek getah berhasil tinggi yang berjumlah 1,178 hektar telah pun dimulakan di enam buah kampung.

“Untuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menguruskan SCORE, akan membangunkan IHAS dengan Jabatan Pertanian,” kata kenyatan itu.

Dana permulaan sebanyak RM6 juta turut diperuntukkan untuk pembinaan jalan akses dan jalan ladang.

Baram merupakan satu daripada lima nod pertumbuhan di bawah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharu Sarawak (SCOERE).

Empat nod pertumbuhan lain ialah Samalaju, Mukah, Tanjung Manis dan Tunoh yang dilaksanakan sejak 2009. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd