• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MISTERI!! Lepas Derma Dapat RM1000, Tapi.. Siapa Bagi?

oleh AK-47
22/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGSUNG tak tercapai dek akal mendengar kisah yang diceritakan oleh seorang netizen dikenali sebagai Rashidah Rashidi menerusi laman Facebooknya.

Tapi, itulah yang dialami oleh pelajar IPTA ini ketika sedang dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi, semalam.

Menurut Rashidah, dia berhenti seketika di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh, Pahang ekoran lapar dan pening kepala.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba dia didatangi seorang wanita misteri yang sedang mendukung anak meminta bantuan kerana tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak.

Gambar wanita misteri itu.
Gambar wanita misteri itu.

Namun, siapa sangka dia bakal melalui sesuatu pengalaman yang aneh lagi ajaib.

Semuanya bermula apabila dia ditegur oleh penjaga tol mengenai wang bernilai RM1,000 yang diletakkan pada wiper keretanya.

Muncul persoalan siapa yang beri RM 1,000 ini?

Rashidah yang terkejut dengan hal itu secara tiba-tiba mengimbas kembali kejadian dia membantu wanita misteri berkenaan.

11012080_979803075384110_8297120114134283221_n (1) 11215720_979803045384113_2024704099116012951_n (1)

Ini cerita Rashidah Rashidi;

Stop kat RnR Temerloh.
Pening kepala campur lapar. Masa makan datang kakak pakai bju hitam dan baby cute giler pakai baju putih. Akak tu duduk depan aku. Mata bengkak menangis. Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab dompet dia hilang, minyak dah habis.

Akal : jangan bagi weh, banyak kes orang menipu. Lagipun duit kau dah banyak guna duit hari ini. Travel sana sini. Baiki tayar, lampu, brek, servis kereta. Haa.. Baki dlm dompet pun ada RM100.

Aku terus cakap takde duit.. kakak tu merayu-rayu. Aku berkeras cakap takde duit. Dan akak tu bangun dan pergi. Baby tu pandang aku.

Hati : Sampai hati ko biarkan akak tu. Cuba bayangkan akak tu ibu, baby tu jojon. Bodohla ko ni.

Aku terus kejar akak tu. Terus bagi semua duit dlm purse aku. Adeh… Tawakal lah. Kalau tipu pun tipu lah. Tapi aku tak sampai hati nak tengok muke kesian baby tu. Sempat snap gambar (gambar ni jadi blur tetiba. Dunno why)

Lepas akak tu pergi, aku terus kenyang, pening dah hilang. Terus balik. Smpi lah tol bentong, akak tol tegur. Dek.. Kenapa letak duit kat wiper. Aku blur. Tengok kat wiper, mcm ade duit. Aku terus stop tepi highway. Fuhh… Duit rm50, ada 20 keping. Rm1000. Allahu. Aku pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma.. Adeh….. Blurrrr…

Meskipun cerita ini agak pelik dan misteri namun mempunyai 1001 pengajaran tentang amalan bersedekah.

Sesungguhnya janji Allah mengenai kebaikan bersedekah itu sememangnya benar.

Firman Allah, “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik di mana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah.”

(Surah al-Baqarah ayat 272).

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Tags: MisteriSedekahTemerloh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

19/08/2025
0

KOTA KINABALU: Misteri penemuan sebuah bot pemancing yang ditemui hanyut di Stesen PAPA, kira-kira 273 kilometer dari ibu negeri ini,...

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd