• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

oleh Mohd Arshad
19/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Misteri penemuan sebuah bot pemancing yang ditemui hanyut di Stesen PAPA, kira-kira 273 kilometer dari ibu negeri ini, semalam membawa kepada penemuan 42 kilogram dadah.

Bot pemancing yang dipercayai ditinggalkan di kawasan perairan jagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu, didapati membawa dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1.9 juta.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Khairulanuar Abd Majid@ Razali, berkata bot berkenaan ditemui pada jam 8.20 pagi oleh pasukan TLDM.

Katanya, sebaik penemuan bot tanpa nombor pendaftaran berkenaan, pihak TLDM terus menghubungi Maritim Malaysia untuk serahan dan tindakan selanjutnya.

“Pemeriksaan awal oleh pihak TLDM telah menemui tiga bungkusan yang mencurigakan yang disimpan di bahagian bilges bot berkenaan.

“Setiba di jeti Maritim Sepanggar, pemeriksaan lanjut dilaksanakan oleh pihak Maritim dengan bantuan pasukan forensik berjaya menemui 39 bungkus lagi dadah yang disembunyikan di dalam tangki penyimpanan air,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan.

Menurutnya, semua dadah berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup

“Nilai keseluruhan bot dan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM2.5 juta berdasarkan harga pasaran semasa.

“Ini adalah rampasan terbesar tahun ini oleh Maritim Malaysia Sabah dan semua dadah dipercayai untuk pasaran negara jiran,” katanya.

BHonline-

Tags: bot pemancingdadahMisteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

PDRM Telah Siasat Individu Yang Didakwa Perdaya Pannir, Tiada Boleh Dikaitkan, Tiada Operational Value

PDRM Telah Siasat Individu Yang Didakwa Perdaya Pannir, Tiada Boleh Dikaitkan, Tiada Operational Value

08/10/2025
0

PDRM Telah Siasat Individu Yang Didakwa Perdaya Pannir, Tiada Boleh Dikaitkan, Tiada Operational Value Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 7 Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd