Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Muhammad Afi Arsyad Dapat...

ALHAMDULILLAH...kisah atlet cilik BMX Freestyle Malaysia memerlukan dana untuk menyertai pertandingan BMX di...

Acah-Acah Jadi Penerjun, Remaja...

AKIBAT demam Olimpik yang melanda seluruh dunia, seorang remaja berusia 17 tahun dari...

Pejabat Hadi Minallah Tidak...

Kuala Lumpur : Lokasi yang dipercayai menjadi markas pengikut Yayasan Nur Mutiara Makrifatullah...

Anwar ‘Dwistandard’ Pertikai Bayaran...

KENAPA Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba pertikai isu pelantikan dan bayaran...

MHTC Berusaha Perkukuh Pelancongan Kesihatan Malaysia

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan, melalui Majlis Pengembaraan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), sedang berusaha secara agresif untuk meningkatkan hasil industri pelancongan tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata industri itu menyumbang hasil berjumlah RM730 juta kepada negara tahun lepas dan kerajaan menyasar untuk meningkatkannya 10 peratus lagi pada tahun ini.

Sejajar dengan itu, kata beliau, MHTC sedang meningkatkan usaha promosi untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi unik bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia di peringkat antarabangsa.

“Setakat ini, Pulau Pinang menerima jumlah pelancong kesihatan paling tinggi, diikuti Kuala Lumpur dan Melaka. Kira-kira 60 peratus pelancong ke Pulau Pinang terdiri daripada mereka yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara perasmian Columbia Asia Hospital Petaling Jaya di sini hari ini.

Hospital itu, yang ke-11 dalam rangkaiannya di Malaysia dan ke-28 di rantau ini, menyediakan kemudahan perubatan, termasuk ubat-ubatan dalaman, paediatrik, pembedahan umum, ortopaedik, urologi, pembedahan tulang belakang dan gastroenterologi.

Dr Hilmi juga menggesa hospital swasta di negara ini supaya menyertai dan bekerjasama dengan MHTC dalam menjana hasil melalui industri pelancongan kesihatan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.


Objektif MHTC, yang terletak di bawah Kementerian Kesihatan adalah untuk menggembleng dua warisan negara ini iaitu hospitaliti dan inovasi perubatan serta menonjolkan Malaysia sebagai destinasi pengembaraan penjagaan kesihatan pilihan utama di rantau Asia.

Dr Hilmi berkata, sehingga kini, kira-kira 60 kumpulan hospital dan pusat penjagaan kesihatan telah berdaftar dengan MHTC.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan menambah kekerapan pengkabutan di Selangor bagi menangani peningkatan kes denggi di negeri ini.

Menurut laman sesawang iDengue, Selangor mencatat jumlah kes denggi tertinggi iaitu 26,877 antara 4 Jan hingga 28 Mei 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori