• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MERCY Dirikan Hospital Medan Sebaik Tiba Di Nepal

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bantuan Perubatan (MERCY) Malaysia mendirikan sebuah hospital medan sebaik sahaja kumpulan pertama misi bantuan mengandungi tujuh anggota tiba di Nepal pada Selasa lepas.

MERCY Malaysia berkata Unit Respon Kecemasan (ERU) persatuan itu dapat merawat 280 pesakit sejak menjalankan operasi sehingga semalam.

Hospital medan itu, yang dikendalikan doktor dan jururawat sukarela MERCY di premis Sekolah Menengah Tinggi Shree Bhagwati, menyediakan perkhidmatan perubatan untuk tempoh tiga minggu akan datang dan menawarkan khidmat konsultasi percuma dan bantuan perubatan.

“Hospital itu dijangka menyediakan perkhidmatan kepada penduduk yang terjejas akibat gempa bumi dengan menyasarkan 10,000 penduduk di Sankhu dan 2,500 penduduk di kawasan-kawasan berhampiran.

“Ia didirikan dengan bantuan sukarelawan tempatan serta doktor sukarela dari Kathmandu,” kata MERCY Malaysia dalam kenyataan di sini.

Kumpulan kedua mengandungi 11 anggota digerakkan Rabu lepas manakala misi ketiga juga mengandungi 11 anggota, akan dihantar untuk memperluaskan lagi operasi bantuan.

Nepal dilanda gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Pokhara, sebuah bandar dekat Kathmandu, pada 2.56 petang (waktu Malaysia) Sabtu lepas dan diikuti beberapa gempa susulan.

Gempa bumi itu, yang disifatkan sebagai yang paling buruk dalam sejarah Nepal dalam tempoh 81 tahun, telah mengorbankan lebih 5,000 mangsa sementara 8,000 orang lagi dilaporkan cedera.

Pakar perubatan amat diperlukan segera memandangkan sebilangan besar mangsa memerlukan rawatan perubatan lanjutan.

Dengan musim hujan memperlahankan operasi bantuan, musim monsun akan datang juga dijangka membantutkan lagi usaha memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MERCY Ahmad Faezal Mohamed berkata Nepal memerlukan sejumlah besar bantuan kemanusiaan berikutan bencana itu.

“Kami telah menggerakkan dua pasukan mulai sekarang dan berharap untuk menghantar pasukan fizikal tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan itu.

MERCY juga bekerjasama dengan National Society for Earthquake Technology-Nepal, kedua-duanya anggota pengasas Rangkaian Pengurangan Risiko Bencana Asia, dalam aktiviti mengurangkan risiko bencana dan latihan membangunkan kapasiti. – BERNAMA

https://youtu.be/6F-Y4jIKxxQ

Tags: MERCY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MERCY Malaysia Hantar Pasukan Ke Laos

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia hari ini menghantar pasukan penilaian cepat ke Laos yang dilanda ribut tropika Son-Tinh baru-baru ini....

Mercy Malaysia Tumpu Persediaan Hadapi Banjir

17/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia kini memberi tumpuan terhadap persediaan menghadapi bencana khususnya banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd