• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercy Malaysia Tumpu Persediaan Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercy Malaysia kini memberi tumpuan terhadap persediaan menghadapi bencana khususnya banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur di samping mengurangkan kesan daripada bencana berkenaan.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, Malaysia tidak boleh mengambil mudah bahawa negara ini tidak akan dilanda bencana alam, memandangkan dua bencana besar telah berlaku banjir besar di negeri pantai timur pada Disember tahun lepas dan gempa bumi di Sabah, tahun ini.

“Tumpuan kami kini ialah ke arah persediaan bagi menghadapi bencana, sebelum ini kami bertindak menghulurkan bantuan selepas bencana berlaku.

“Kami bukan sahaja menyediakan bantuan perubatan dan kecemasan selepas bencana, tetapi kami juga membantu masyarakat membuat persediaan berkesan dalam melindungi diri serta mata pencarian mereka sekiranya dilanda bencana alam,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Tahunan Mercy Malaysia kali ke-16 di sini malam ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga Penaung Mercy Malaysia dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat menghadiri majlis makan malam yang telah mengumpul lebih RM350,000 itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wEr08qJwT10[/wpdevart_youtube]

Tags: MERCY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MERCY Malaysia Hantar Pasukan Ke Laos

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia hari ini menghantar pasukan penilaian cepat ke Laos yang dilanda ribut tropika Son-Tinh baru-baru ini....

‘Benarkan Bot Bawa Pelarian Rohingya, Bangladesh Mendarat’

18/05/2015
0

PETALING JAYA - Bot yang membawa pelarian etnik Rohingya dan Bangladesh sepatutnya dibenarkan mendarat di pantai dan diberi akses kemanusiaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd