• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Sampai Membunuh Bila Diajak Kahwin

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes seorang ibu tunggal beranak empat yang dibunuh oleh kekasihnya kerana sering mendesak kekasihnya untuk berkahwin, menarik perhatian ramai.

Apatah lagi kekasihnya itu merupakan seorang guru agama yang belum berkahwin dan lebih muda daripadanya.

Turut dilapor ialah kes seorang wanita yang dibunuh tunangnya dengan dicekik dan dihumban dari atas jambatan dan pada wanita tersebut turut terdapat nota yang menceritakan masalah yang dihadapinya.

Diminta mengulas terutama mengenai kes membunuh kerana diajak berkahwin, pendakwah bebas Ustaz Halim Din berkata dengan tidak mengambil kira faktor-faktor khusus yang tidak diketahui puncanya, secara umum kejadian mungkin disebabkan krisis emosi yang melibatkan masalah dalaman.

“Mereka ada kalanya bukan tidak mempunyai iman (dalam kes guru agama), tetapi ia disebabkan dorongan nafsu amarah atau nafsu binatang (bahimiah),” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata tertekan kerana kos dan belanja perkahwinan yang kian meningkat juga boleh menjadi bebanan kepada pasangan yang mahu berkahwin.

“Namun hakikatnya, jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu sepatutnya dipermudahkan, bukan disusahkan dengan perkara-perkara seperti hantaran yang tinggi dan sebagainya,” katanya.

Dari sudut psikologi, Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Osman Che Bakar menyifatkan tindakan membunuh berpunca daripada ketidakmampuan manusia mengawal kemarahan dan emosi.

Beliau berkata individu yang mempunyai masalah psikiatrik akan mudah marah dan membuat keputusan yang tidak masuk akal.

“Mereka ini (apabila gagal mengawal emosi marah), tidak terfikir pun bahawa tindakan mereka akan membawa mereka ke ‘tali gantung’. Inilah yang dikatakan ‘impulse control disorder’ yang bermaksud tergerak untuk membuat sesuatu perkara yang memudaratkan.

“Terdapat juga individu yang tidak tahu mengenal pasti masalah mereka dalam keadaan marah. Mereka ini gagal mengawal tekanan dan kemarahan dan inilah yang dikaitkan dengan masalah psikiatrik,” katanya.

Osman tidak menolak keadaan semasa terutama membabitkan kos sara hidup yang kian meningkat mungkin antara faktor penyumbang kepada permasalahan, namun ia bukan alasan konkrit untuk mana-mana pihak bertindak di luar jangkaan sehingga sanggup membunuh. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=I7hUrwfZdnE

Tags: kes bunuhperkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd