• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Laksana Pembungkusan Tanpa Beg Plastik 1 Sept Depan

oleh Ahmad Albab
08/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Melaka akan melaksanakan amalan pembungkusan barangan tanpa beg plastik sepenuhnya untuk setiap hari di semua pasar raya dan premis perniagaan di negeri ini berkuat kuasa 1 September depan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin berkata melalui inisiatif itu peniaga hanya dibenar menggunakan beg biodegradasi yang diperbuat daripada bahan mudah terurai seperti daripada hampas tebu, jagung dan ubi kayu.

“Inisiatif yang ingin dilaksanakan ini bukan untuk menyusahkan orang ramai sama ada pembekal beg plastik, peniaga atau pengguna tetapi ia demi masa depan generasi akan datang kerana plastik tidak mudah terurai akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

“Sehubungan itu, semua kebenaran menggunakan beg plastik dengan caj 20 sen yang dilaksanakan sebelum ini juga sudah tidak dibenarkan selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pembentukan Sekolah Lestari di sini.

Melaka telah melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sebagai langkah awal bagi pelaksanaan sepenuhnya usaha tersebut yang sebelum ini dirancang dilaksanakan tahun depan.

Md Yunos berkata Perbadanan Teknologi Hijau Melaka juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua peniaga di seluruh negeri itu untuk mendapatkan kerjasama mereka supaya menyediakan pembungkusan bukan berasakan beg plastik kepada pengguna.

“Perlaksanaan tersebut merupakan antara langkah kerajaan negeri merealisasikan hasrat menjadikan Melaka sebagai negeri hijau sepenuhnya menjelang 2020,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Sekolah Lestari bagi sesi 2013/2014 bagi kategori sekolah rendah yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Bukit Baru.

Sekolah yang pertama kali menyertai pertandingan berkenaan menerima hadiah wang tunai RM13,000, plak dan sijil penghargaan. – BERNAMA

Tags: MelakaSampah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd