• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Mereput Dijumpai Dalam Kotak Di Tg Bungah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Mayat seorang wanita yang telah mereput dan disumbat ke dalam kotak dijumpai di tepi belukar Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, di sini semalam.

Kotak berisi mayat itu ditemui berada kira-kira 20 meter dari kawasan curam kaki bukit berkenaan oleh seorang lelaki yang sedang mengutip tin dan botol pada jam 1.00 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan awal mendapati wanita berusia lingkungan 30-an itu memakai baju-T, berseluar pendek selain turut dibalut dengan selimut.

“Mayat itu dipercayai telah dibuang lebih dari 10 hari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya identiti wanita itu tidak dapat dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.

Mior Faridalathrash berkata tiada darah atau kesan kecederaan luaran di kesan pada tubuh wanita terbabit dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Tinjuan mendapati tempat kejadian merupakan kawasan perumahan elit yang terletak di kawasan berbukit-bukit dan agak sunyi serta jarang dilalui orang ramai melainkan kaki-kaki joging dan pendaki bukit.

– BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd