Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Punca Cicak...

WASHINGTON DC - Anda tentu dapat rasa kebelakangan ini, suhu lebih panas daripada...

Kuota Haji Tambahan: TH...

PUTRAJAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi...

Saksi Nahas Empat Maut...

GERIK - Polis meminta saksi kemalangan maut melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta...

Ke Manakah Perginya ‘Duit...

KUALA LUMPUR - 1 Syawal, hari yang paling bahagia dan bermakna buat seluruh...

Malaysia Kutuk Semua Bentuk Keganasan Dan Fahaman Ekstremisme

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk segala tindakan keganasan dan fahaman ekstremisme oleh mana-mana kumpulan yang menggunakan Islam untuk menjustifikasikan kekejaman mereka.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan tidak bertanggungjawab oleh kumpulan tertentu telah merosakkan imej sebenar Islam.

“Kita tidak perlu membenarkan salah laku beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menentukan pandangan dunia terhadap Islam. Susulan itu, dunia Islam mengeluh dengan ketakutan melampau, kebencian dan permusuhan terhadap Islam dan umat Islam.

“Tanggapan stereotaip oleh dunia Barat, Islamophobia telah mengakibatkan umat Islam mengalami diskriminasi sosial, politik dan sivil,” katanya pada sesi ke-42 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (IFCM) di Kuwait, Rabu.

Teks ucapannya dihantar ke Bernama di sini, Khamis.

“Kami amat sedih dengan hakikat bahawa situasi terus bertambah buruk akibat konflik umat Islam melaga-laga sesama umat dan kami tidak boleh menafikan bahawa terdapat perselisihan dalaman yang membenarkan kumpulan-kumpulan tertentu mengeksploitasi keadaan ini,” katanya.

Justeru, katanya terdapat keperluan untuk mencerminkan kelemahan dalam umat Islam.

Anifah berkata untuk tujuan ini, Malaysia percaya bahawa konsep wasatiyyah atau pendekatan kesederhanaan yang menekankan toleransi, persefahaman, saling menghormati, dialog dan inklusif merupakan kunci bagi menangani masalah tersebut.


“Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah berdasarkan kepada kesederhanaan sebagai nilai teras dan satu cara untuk meredakan ketegangan.

“Oleh itu, Malaysia bersedia untuk bekerjsama dengan mana-mana negara anggota OIC bagi menyelesaikan konflik dalaman dalam kalangan ummah,” katanya.

Anifah juga berkata Malaysia turut mengesahkan sokonganya terhadap penyelesaian secara aman konflik Palestin dan Israel secara menyeluruh dan berkekalan.

“Untuk tujuan ini, kami memuji usaha-usaha Kumpulan Penghubung Mengenai Pelaksanaan Pelan Tindakan Islam bagi Melindungi Al-Quds Al-Sharif peringkat menteri,” katanya.

Lawatan oleh kumpulan ini ke beberapa ibu negara Barat baru-baru ini menunjukkan bukti jelas kepada peningkatan sokongan komuniti antarabangsa kepada hak-hak penduduk Palestin, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori