• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makmal Proses Dadah Bernilai RM10 Juta Dibongkar

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas bahan haram itu bernilai kira-kira RM10 juta dalam tujuh serbuan di empat lokasi di Lembah Klang pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Lapan orang disyaki anggota sindiket dadah terdiri daripada lima rakyat tempatan termasuk seorang wanita, dua lelaki warga Sri Lanka dan seorang lelaki warga India, berumur antara 29 dan 43 tahun diberkas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff memberikan maklumat tersebut pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata kejayaan itu hasil daripada risikan dan siasatan rapi pasukannya bersama Pasukan Khas Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING).

Mereka melakukan tujuh serbuan melibatkan empat lokasi meliputi Wangsa Maju, Damansara, Seri Kembangan dan Sepang mulai 22 Mei (Jumaat) pukul 11.20 pagi hingga 23 Mei (Sabtu) pukul 5.30 petang.

“Hasil serbuan itu, polis membongkar sebuah rumah yang dijadikan makmal haram memproses dadah sintetik dan stor penyimpanan bahan kimia di Sepang dan menahan dua lelaki warga tempatan.

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas sebanyak 40.36 kilogram (kg) iaitu disyaki syabu 34.76kg, pil ekstasi (5.6kg) dan sejumlah bahan kimia dan peralatan memproses dadah, yang kesemuanya bernilai RM10 juta,” katanya

Beliau berkata turut disita sebuah kenderaan BMW 3 Series dianggar bernilai RM40,000, wang tunai RM100,550 dan barang kemas bernilai kira-kira RM55,000.

Katanya pihaknya tidak menolak kemungkinan ada ahli kimia terlibat bagi mengajar ahli sindiket cara memproses dadah bagi pasaran tempatan dan Indonesia.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berkaitan, bagi rampasan dadah dari Januari sehingga 21 Mei tahun ini, Mohd Mokhtar berkata keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM95.6 juta iaitu syabu (506kg), ketamin (29.4kg), pil ekstasi (352,871 biji), pil yaba (128,355 biji) dan pil Eramin 5 (1,504,765 biji).

“Sementara jumlah tangkapan dalam tempoh sama sebanyak 71,648 orang dengan sejumlah 24,256 yang terlibat dalam membekal dan memiliki dadah dan 47,392 orang positif dadah,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=c2xN20Ua5ME

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd