• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lupus Al-Quran Guna Mesin Mampu Pelihara Kesuciannya

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Pelupusan al-Quran menggunakan teknologi mesin merupakan cara terhormat serta mampu memelihara kesuciannya.

Demikian tegas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad selepas menyaksikan pembakaran/pelupusan al-quran lama dan lusuh dengan menggunakan mesin pembakaran khas di Masjid Jamek Nibong Tebal dekat sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Syaikh Ismail berharap Masjid Negara juga dapat membeli mesin tersebut sekaligus memudahkan masyarakat Islam di sekitar Lembah Klang untuk menghapuskan al-quran selain masjid-masjid di kampung-kampung yang banyak menyimpan al-quran lama.

Beliau menasihatkan masyarakat Islam agar menghapuskan al-quran di tempat yang sepatutnya serta menjaga kitab itu sebaik-baiknya kerana ia merupakan mukjizat yang paling besar kepada Nabi Muhammmad S.A.W.

Sementara itu, Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Ustaz Mohd Zaki Abdul Halim berkata Pulau Pinang merupakan negeri kedua melupuskan Al-Quran menggunakan teknologi mesin selepas Johor.

Katanya, mesin itu yang berharga RM48,000 dibeli daripada Jabatan Agama Islam Johor.

Mohd Zaki berkata untuk sekali pelupusan menggunakan mesin tersebut ia boleh memuatkan kira-kira 20 ke 30 kilogram naskhah al-quran.

“Kos untuk dua kilogram al-quran dilupuskan ialah RM5. Untuk lupus kita memerlukan masa dalam empat jam dan untuk lengkap menjadi debu mungkin memakan masa sehingga enam ke tujuh jam.

Debu dari pembakaran itu dijadikan ketulan sebelum di buang ke laut, katanya. – BERNAMA

Tags: Al-Quran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd