Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Konsert Artis Tajaan Syarikat...

PETALING JAYA - Mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak...

“Saya Tidak Perlu Meminta...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak perlu meminta maaf kepada PAS".Demikian reaksi tegas Penasihat...

Penanam Tembikai Di Setiu...

KUALA TERENGGANU - Pengusaha kebun tembikai di daerah Setiu dekat sini, mengeluh ekoran...

Tangkapan Militan Daesh Bukti...

KOTA KINABALU - Tangkapan terhadap individu yang terlibat dalam kumpulan militan Daesh, khususnya...

Letusan Lahar Gunung Berapi Hawaii Catat Ketinggian Terbaharu

HAWAII – Letusan terbaharu dari Gunung Berapi Kilauea menyebabkan limpahan lahar yang boleh disaksikan dari pusat pelawat di sini, hari ini.

Petugas Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), Janet Babb berkata, kejadian berkenaan tidak perlu dibimbangkan.

Pemandangan dari Muzium Jaggar di Taman Negara Gunung Berapi Hawaii itu terletak kira-kira 1.6 kilometer dari kawah dan pelawat tidak terdedah kepada bahaya.

Gas yang berkepul dalam kawah gunung itu mencetuskan letusan dramatik yang mengandungi lahar dan serpihan batuan setinggi 86 meter di bahagian puncak.

“Apabila batuan masuk ke dalam tasik lahar, ia menyebabkan tindak balas. Ia seperti ketika anda hendak membuka sebotol champagne dengan memukul bahagian atas dengan penukul,” kata Babb.


Sementara itu, pelawat teruja untuk menyaksikan saat lahar yang berbuih dan sekali gus menjadikan kegiatan berkenaan umpama satu majlis.

“Jika anda boleh pergi ke sana, pergilah.

Anda boleh lihat tasik lahar yang berbuih dengan menggunakan teleskop. Memang menarik,” kata pelawat. Kilauea adalah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia dan terletak di pulau Hawaii. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori