• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Mukah

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKAH – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran membabitkan dua unit rumah kayu di Kampung Petanak Daya di sini, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Alimat Haji Sam berkata mayat Jumil Sinjan, 39, dijumpai dalam satu daripada bilik tidur di sebuah daripada unit rumah berkenaan yang 95 peratus musnah.

Beliau berkata enam anggota dan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian yang terletak sekitar tujuh kilometer dari balai, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 4.56 pagi.

“Api berjaya dikawal sekitar pukul 5.17 pagi dan dipadam sepenuhnya pada pukul 6.20 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya semasa pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi, mereka diberitahu terdapat seorang penghuni lelaki OKU dalam sebuah sebuah rumah tersebut, namun ketika itu api sudah marak.

Alimat berkata berdasarkan maklumat diperolehi daripada penghuni rumah berkenaan, terdapat 12 orang termasuk mangsa mendiami rumah tersebut.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat, katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd