• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bernafsu Pelik, Cabut Gigi Wanita Sewaktu Seks

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Wellington – Seorang lelaki New Zealand yang mempunyai nafsu pelik terhadap wanita yang tidak bergigi didapati bersalah semalam atas tuduhan menyerang dan mencabul kehormatan wanita.

Pendakwa raya menggambarkan kes itu sebagai pelik selepas Philip Lyle Hansen, 56, didakwa mencabut gigi seorang wanita dengan menggunakan playar ketika mengadakan hubungan seks.

Mahkamah di sini mengambil masa selama enam hari bagi pihak pendakwaan mengemukakan bukti mengenai tabiat seksual pelik Hansen dan obsesinya terhadap pergigian.

Empat wanita turut memberi keterangan selepas Hansen mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan yang berkait dengan insiden itu sejak 1988 hingga 2011.

Hansen kemudian disabitkan atas lima pertuduhan serangan dan mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, juri membebaskannya daripada empat lagi tuduhan termasuk satu tuduhan merogol.

Mahkamah memberitahu, lelaki itu yang mempunyai sikap suka mengawal dan menguasai, lebih sukakan wanita tidak bergigi.

Seorang wanita menceritakan bagaimana ketika mereka melakukan hubungan seks, lelaki terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan playar dan cuba mencabut giginya.

Tambah wanita itu, Hansen pernah merangkul kepalanya ketika dia sedang tidur dan cuba mencabut giginya. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=Uchjv-Ye3mg

Tags: lelakiseks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd