• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuhraya Persekutuan KM19 Ditutup Secara Berkala

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Persekutuan KM19 (berhampiran KTMB Subang) akan ditutup secara berkala pada Khamis (14 Mei) dan Jumaat ini bagi pelaksanaan kerja-kerja merombak talian penghantaran sedia ada Tenaga Nasional (TNB).

TNB dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam kenyataan bersama pada Rabu berkata, laluan trafik itu akan ditutup secara berkala dari 12.01 tengah malam hingga 4.30 pagi bagi membolehkan kerja pemotongan dan penyambungan pengalir dilaksanakan.

Jalan-jalan susur yang terlibat adalah Lebuhraya Persekutuan KM9 – KM19.3 dari Shah Alam/Klang ke Petaling Jaya/Kuala Lumpur, Lebuhraya Persekutuan KM19.3 – KM19 dari Petaling Jaya/Kuala Lumpur ke Shah Alam/Klang.

Susur masuk dari Shah Alam/Klang ke Jalan Subang Airport dan susur dari Jalan Subang Airport ke Shah Alam/Klang.

Pihak polis akan mengawal laluan trafik dan keselamatan pengguna.

“Satu lorong (mulai menara jam dari Kuala Lumpur dan susur keluar dari Subang Jaya) akan ditutup menggunakan kon-kon keselamatan agar pengguna bersedia memperlahankan kenderaan semasa mendekati kawasan naik taraf ini,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd