• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Cebisan Dada, Daging Bayi Dikerat 15 Dijumpai

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dada dan cebisan daging dari badan bayi yang dikerat 15, telah ditemui pihak penyelenggaraan flat di loji kumbahan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, petang semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad berkata bahagian badan itu telah diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat sebelum dikebumikan.

Namun, usaha mencari kepala dan bahagian lain bayi tersebut masih diteruskan, kata Rusli.

“Kes ini masih lagi dalam siasatan, setakat ini tiga orang telah tampil memberi maklumat.

“Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai maklumat yang dicari,” kata beliau kepada pemberita mengenai perkembangan terkini kes bayi dikerat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara, di sini petang tadi.

Beliau berkata bahagian kepala dan alat kemaluan bayi antara anggota badan yang masih belum ditemui.

Rusli berkata maklumat daripada penduduk sekitar amat diperlukan bagi meneruskan usaha mencari anggota bayi berkenaan selain mencari suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

Pada kejadian Ahad (17 Mei), pekerja di loji kumbahan PPR berkenaan menjumpai anggota-anggota badan bayi yang dipercayai berusia tujuh bulan yang tersekat di perangkap sampah loji berkenaan.

Dalam perkembangan lain, polis menangkap seorang lelaki berusia 30an pada Isnin (18 Mei) yang dipercayai terlibat dengan kes seorang lelaki dilaporkan hilang beberapa bulan lalu, disyaki dibunuh, di daerah Muar.

“Suspek yang telah ditangkap itu telah mendedahkan lokasi pembunuhan berikut kepada polis semalam.

“Polis dengan kerjasama pakar patologi telah menemui tulang manusia serta helaian kain yang dipercayai digunakan untuk membungkus mangsa setelah dibunuh” kata beliau.

Rusli berkata suspek telah membunuh mangsa bersama seorang lagi individu, namun individu berkenaan sedang menjalani hukuman di penjara kerana kes jenayah yang lain.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tindakan sedang dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan tersebut,” kata beliau.

Difahamkan, suspek kedua telahpun dipenjara sejak lebih lima bulan lepas atas kesalahan berkaitan dengan dadah.

Penemuan tulang dipercayai rangka manusia itu dijumpai tertanam berhampiran deretan rumah sewa di Parit Tiram, Jalan Haji Abdullah, Muar. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd