• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khaled Ulangi Sokongan Kerajaan Johor Kepada Najib

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulangi sokongan kerajaan negeri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sokongan penuh itu akan menjadi kekuatan kepada Perdana Menteri untuk berhadapan dan menyelesaikan pelbagai isu yang sedang dihadapi negara ketika ini.

“Saya mewakili UMNO Johor dalam mesyuarat malam tadi menzahirkan sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri.

“Semoga sokongan dan keyakinan ini menjadi kekuatan kepada Perdana Menteri untuk berhadapan dan menyelesaikan pelbagai isu yang sedang dihadapi negara ketika ini,” kataya.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah yang dirasmikan Najib, di sini, sebentar tadi.

Mohamed Khaled berkata, walaupun berdepan dengan jadual tugasan yang sibuk dan padat, apatah lagi dalam keadaan berhadapan dengan pelbagai kemelut dan cabaran, kehadiran Perdana Menteri amat dihargai.

“Kehadiran Perdana Menteri hari ini menghantar isyarat amat jelas kepada kita semua betapa kebajikan rakyat sentiasa menjadi agenda utama kerajaan,” katanya. – Berita Harian Online

Tags: Khaled NordinNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd