• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kewujudan Daerah Baharu Kuala Nerus Tepat – Sultan Mizan

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah kewujudan Kuala Nerus sebagai daerah kelapan di Terengganu adalah amat tepat berikutan penduduk Terengganu semakin bertambah.

Pada masa yang sama baginda mahu kerajaan negeri merancang landskap pembangunan serta infrastruktur Kuala Nerus dengan teliti serta mengekalkan ekosistem alam semulajadi.

“Pertambahan penduduk akan meningkatkan bebanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri selain tuntutan dan keperluan rakyat semakin berkembang. Ini sudah pasti memerlukan kepada pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.

“Maka keputusan kerajaan menubuhkan daerah Kuala Nerus adalah amat tepat dan selaras dalam usaha kerajaan negeri beta yang memberi dan meningkatkan tahap perkhidmatan kepada rakyat,” titah baginda ketika merasmikan majlis peletakan batu asas pusat pentadbiran Kuala Nerus dan pengisytiharan bandar baharu Daerah Kuala Nerus di Kampung Baruh Tok Jiring di sini.

Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Seluas 187.76 hektar tanah akan dibangunkan bagi membina pusat pentadbiran daerah Kuala Nerus yang akan berkonsepkan Bandaraya Moden dan Hijau.

Baginda merasa sukacita berikutan penubuhan daerah baharu itu, ia bakal memberi kemudahan kepada 200,000 penduduk yang selama ini berurusan dengan jabatan kerajaan di Kuala Terengganu yang agak jauh dan menyukarkan.

Menurut Sultan Mizan, Kuala Nerus sudah mempunyai komponen pendidikan yang lengkap seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Maktab Rendah Sains Mara dan pelbagai pusat latihan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytihar Kuala Nerus sebagai bandar baharu tahun lalu.

Kuala Nerus merupakan pintu masuk utama ke Terengganu kerana terdapat Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Telaga Batin dan pintu keluar ke Lebuhraya Pantai Timur II di Gemuroh. – BERNAMA

Tags: sultan terengganuTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd