Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Rotan Lelaki Jika Ponteng...

PUWAKARTA (Jawa Barat) - Pada setiap Jumaat, kelibat seorang wanita berjubah hitam dan...

Jenazah CEO Cradle Fund...

PETALING JAYA - Selepas digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat kedua dijalankan...

Dukun Indonesia Sedia Bantu,...

JAKARTA – Tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya...

40 Tahun Perginya ‘Bapa...

KUALA LUMPUR - Empat puluh tahun dahulu, pada 14 Januari 1976, Malaysia kehilangan...

Ketua Geng ‘Buyong’ Ditahan Di Bawah Poca

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai ketua geng ‘Buyong’ yang terlibat dalam kegiatan jenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 2013.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang oleh anggota cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di hadapan Bangunan Great Wall di Kampung Dusun Raja di sini pada Rabu lepas.

“Kita sudah berjaya tahan suspek yang dikenali sebagai Buyong dan dia memang dikehendaki sejak tahun 2011 lagi kerana terlibat dalam pelbagai jenayah dan bersembunyi di Thailand,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Kelantan di IPK Kelantan di sini, hari ini.

“Kumpulan Buyong terlibat dalam jenayah senjata api dan dadah. Mereka tidak kacau orang awam cuma bergaduh seasama sendiri kerana tidak mempunyai persefahaman.

“Kumpulan ini masih lagi wujud namun tidak begitu menonjol kerana kita sentiasa menjalankan operasi untuk membanteras kumpulan ini,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pelajar diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu terutama menerusi media sosial kerana ia boleh menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi viral.

Sebaliknya mereka perlu mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu perkara terlebih dahulu, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori

Leave a Reply