• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Maut, Kereta Terjunam Dalam Lombong

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat yang ditemui hari ini dalam kereta yang terjunam dalam lombong di Taman Prima, Puchong di sini dua hari lepas, merupakan seorang pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata mangsa ialah Asisten Superitendan V. Sivanathan yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Mendiang berusia 34 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Mendiang telah berkhidmat di bahagian itu selama lima tahun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata semasa kejadian, mendiang difahamkan dalam perjalanan mencari saksi bagi satu kes berkaitan narkotik.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Serdang dan telah dikenal pasti anggota keluarganya.

Wan Abdullah menyifatkan Sivanathan sebagai pegawai yang berdedikasi dan cekap menjalankan tugas.

Beliau berkata, pihaknya akan menjaga kebajikan anggota keluarga mendiang.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harun berkata mayat mangsa ditemui di dalam keretanya kira-kira 11.50 pagi tadi.

“Kereta itu telah diangkat dengan menggunakan kren sedalam 15 meter,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd