PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keprihatinan beliau terhadap isu penemuan kubur dan kem pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia – Thailand seperti yang dilaporkan pihak media baru-baru ini.
Menulis di laman mikro Twitter, Najib mengatakan, “I am deeply concerned with graves found on Malaysian soil purportedly connected to people smuggling. We will find those responsible (saya sangat prihatin dengan isu penemuan kubur di sempadan Malaysia yang melibatkan pemerdagangan manusia. Kami akan mencari siapa dalangnya).
Menerusi laporan sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur dan 28 kem tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, jumlah sebenar mayat yang dikebumikan di dalam kubur-kubur berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Lebih Banyak Kubur Ditemui, Jumlah Mayat Belum Pasti
Menurutnya, berkemungkinan kubur itu dihuni ratusan migran yang dibawa masuk malah kem bersaiz paling besar boleh menempatkan sehingga 300 orang dalam satu-satu masa.
Isu berkaitan pelarian Rohingnya mula diperkatakan setelah pihak berkuasa Thailand menemui kem pemerdagangan manusia dan kubur di sempadan Malaysia – Thailand awal bulan ini. – MYNEWSHUB.CC
Penemuan Kubur Besar Dan Kem Di Padang Besar Disahkan


