• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kesihatan Sedia Saring Pelarian Rohingya

oleh Ahmad Albab
24/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kementerian Kesihatan bersedia untuk menjalankan ujian saringan terhadap pelarian Rohingya sekiranya mereka dibawa masuk ke negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata amalan itu merupakan prosedur biasa yang diamalkan ke atas warga asing bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit.

“Warga asing yang berada di negara ini perlu dipastikan bebas dari sebarang penyakit seperti cirit-birit, tibi dan kencing tikus,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Persatuan Farmasi Malaysia dekat sini malam tadi.

Sementara itu Dr Hilmi berkata kini terdapat 12,800 ahli farmasi yang berdaftar di negara ini dengan 60 peratus daripada mereka berkhidmat dalam sektor awam.

Katanya nisbah antara ahli farmasi dengan penduduk kini ialah 1:2,541 orang dan berharap ia dapat dikurangkan menjelang tahun depan kepada nisbah 1:2,000 orang.

Beliau juga berkata khidmat penghantaran ubat melalui kiriman pos dan kaunter pandu lalu didapati berkesan dalam mengurangkan masa menunggu pesakit mengambil ubat selain memudahkan perjalanan mereka untuk mendapatkan ubat. – BERNAMA

Tags: Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd