• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut Dengan DAP: PAS Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya akan mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung kesudahan kemelut yang semakin meruncing antara parti itu dan DAP.

Abdul Hadi berkata pendekatan itu kerana PAS sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku kepada pihak Pakatan Pembangkang jika parti sekutu itu berpecah, sebaliknya menganggap isu itu akan selesai apabila masanya tiba nanti.

“Saya tak boleh sebut perkara akan datang. Dia (DAP) tak tahu hati saya dan saya tak tahu hati dia, jadi saya tak jawab soalan ‘kalau’ dan apa akan terjadi.

“Cara terbaik untuk selesai kemelut ini adalah tunggu dan lihat… buat masa ini saya ingin menumpukan kepada pemilihan Muktamar PAS,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ditanya adakah PAS bersedia untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang, Abdul Hadi berkata parti itu sebelum ini pernah bersendirian di dalam kerajaan dan di luar kerajaan.

“Bagaimanapun biasanya peristiwa lama tidak akan berulang. Konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak boleh bersendirian.

“Buat masa sekarang PAS masih bersama Pakatan, saya masih di kerusi sama, tapi saya tak tahu perkara akan datang,” kata Abdul Hadi.

Pada Ahad lepas, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilapor membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu, sekali gus menggambarkan pakatan itu kini di ambang perpecahan.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Abdul Hadi keluar dari Pakatan Pembangkang jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd