• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Waspada Kebangkitan Sarawak

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Tiga pemain import iaitu Gilmar Da Silva dari Brazil, Erwin Carillo (Colombia) dan Austin Amutu (Nigeria) akan menjadi sandaran The Red Warriors (TRW) dalam pertembungan dengan Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Negeri di Kuching, pada Sabtu.

“Sebolehnya kita tak mahu balik tangan kosong dan Amutu rasanya dia mampu beraksi dan dia sendiri mahu bermain,” kata jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah.

“Saya yakin beliau mampu beraksi dan moral pemain ketika ini amat baik, selain itu kita masih ada Mohd Nor Farhan Muhammad, Wan Zack Haikal Wan Noor dan lain-lain, kita mahu mencapai kemenangan,” katanya.

Mohd Azraai Khor turut mengingatkan barisan pemain tempatan serta importnya supaya menumpukan pada perlawanan serta mempamerkan aksi terbaik mereka bagi membolehkan TRW berada di kedudukan terbaik dalam liga musim ini.

Kelantan juga perlu berwaspada kerana Sarawak semestinya akan mempamerkan yang terbaik untuk bangkit selepas tewas 0-1 di tangan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lepas.

Selepas sembilan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan kini berada di tangga kesembilan dengan 10 mata manakala Sarawak berada di kedudukan ke-10 liga dengan sembilan mata. – BERNAMA

Tags: Azraai KhorKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd