Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Cadang Sekatan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencadangkan kerajaan melaksanakan sekatan penuh...

Bomba Terengganu Pertingkat Latihan...

HULU TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sentiasa mempertingkatkan latihan...

Mas Idayu Berdrama Lagi?...

Kalau difikirkan balik, program realiti TV di Malaysia memang tak dapat lari dari...

COVID-19: 1,258 Pelajar Positif,...

MELAKA: Sebanyak 11 sekolah di Melaka diarah tutup selama lima hingga tujuh hari...

KDPNKK Terima 11,147 Aduan Akta Kawalan Harga Dan GST

BUTTERWORTH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) menerima 11,147 aduan dan pertanyaan mengenai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak CBP dilaksanakan 1 April lepas hingga semalam.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sebanyak 5,798 aduan dibuat menerusi panggilan telefon manakala selebihnya melalui sistem e-aduan KPDNKK.

“Aduan-aduan berkenaan penting bagi membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti premis dan peniaga yang melakukan penyelewengan supaya tindakan tegas dapat diambil serta-merta terhadap mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Francais Komuniti Zon Utara di Pasaraya Tesco Seberang Jaya, di sini hari Isnin.

Beliau berkata orang ramai selaku pengguna perlu menggunakan semua medium yang disediakan pihak berkuasa bagi melaporkan penipuan peniaga atau kekeliruan berhubung harga yang dipamerkan.

“Setakat ini, pelbagai aduan diterima dan dijawab dengan baik oleh pegawai bertugas. Walaupun terdapat rungutan berhubung perkhidmatan seperti talian terputus atau tidak disambung, kami mengharapkan agar orang ramai faham masalah dihadapi seperti talian sibuk dan sebagainya.


“Sekiranya terdapat aduan, kami akan segera bertindak. Pihak berkuasa tidak akan menerima sebarang alasan daripada peniaga yang melanggar kesalahan dan sengaja mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata pihaknya menyediakan Pusat Aduan Bergerak KPDNKK pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, di sini dan di Rompin, Pahang bagi membolehkan orang ramai membuat aduan berkaitan apa sahaja isu termasuk GST.

“Pusat ini yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat di kawasan Permatang Pauh dan Rompin bukan sahaja akan menerima aduan daripada orang ramai tetapi turut menyediakan khidmat nasihat kepada mereka.

“Kami menempatkan pegawai penguat kuasa KPDNKK, pegawai menerima aduan dan pegawai yang akan memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai kerana kami tahu rakyat masih perlukan penjelasan sebab GST masih baharu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori