• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Hutan Wang Kelian Perlu Segera Ditanam Semula Pokok

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANG KELIAN – Kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis untuk menanam semula pokok di kawasan hutan Wang Kelian berikutan kemusnahan tempat itu ekoran operasi mencari mayat mangsa pemerdagangan manusia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata langkah itu perlu segera dilaksanakan untuk menghutankan kembali kawasan berkenaan bagi membolehkan pengunjung meneruskan aktiviti riadah di tempat itu.

“Kerajaan akan memberi peruntukan kepada Jabatan Perhutanan untuk tanam semula pokok serta-merta dengan pokok-pokok yang cepat tumbuh,” katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Op Wawasan Khas di Markas Taktikal (MARTEK), di sini Ahad.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata tindakan segera bagi menghutankan semula kawasan itu penting kerana pokok-pokok lama yang terdapat di kawasan itu bukan dibeli, tetapi ditanam menggunakan benih tanaman hutan.

Beliau berkata kawasan itu sangat menarik dan unik untuk mencari ketenangan kerana tiada tempat di Malaysia yang terdapat pasir laut di puncak gunung dan dari segi sejarah, kawasan itu dipercayai pernah ditenggelami air laut.

Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan kem-kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Dua hari lepas, sebanyak 22 rangka mayat berkafan ditemui dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tindakan pakar patologi.

Setakat ini, jumlah rangka mayat yang ditemui adalah sebanyak 35 mangsa sejak operasi menggali kubur bermula 25 Mei lepas. – BERNAMA

 

Tags: PerlisShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd