Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Norman Hakim Sebak Dapat...

MESKIPUN sudah lama berpisah, namun apabila menerima berita duka bahawa bekas isterinya, Abby...

Malaysia Mahu Teknologi Digital...

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang mengorak langkah ke arah pendigitalan yang komprehensif bagi...

Kuatkuasa Undang-Undang Bina Rumah...

KANGAR - Kerajaan digesa menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tegas ke atas rumah...

Sindiket Penipuan: 152 Warga...

SEPANG - Seramai 152 warga China dan seorang Bangladesh yang ditahan dalam operasi...

KAFA Minta Lebihan Tiket LionsXII Dijual Kepada Umum

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjual peruntukan tiket untuk penyokong LionsXII yang belum terjual dijual secara terbuka di ibu negara esok.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peruntukan tiket untuk penyokong Kelantan termasuk yang dijual secara dalam talian telah habis dibeli.

“Difahamkan tiket jualan dalam talian sebanyak 20,000 `sold out’. Tiket yang dibeli oleh KAFA juga `sold out’.Singapura?

“Rasanya masih boleh didapati daripada FAM. Minta FAM jual juga di Kuala Lumpur esok. Nampak gaya penuh pula Bukit Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar dalam pada itu mempersoalkan pengagihan tiket VVIP kepada pasukan yang akan bertarung dalam aksi Piala FA 2015 nanti.

Menurutnya, FAM tidak lagi memberikan tiket VVIP kepada pasukan yang bermain seperti kebiasaan.


“Barangkali mereka agih sendiri. Sedikit tiket VIP terpaksa beri pada ahli keluarga pemain dan pegawai serta penaja

“Tamu KAFA terpaksa guna tempat duduk yang KAFA terpaksa beli dan jadikan tempat duduk khas. Tiada lagi tiket percuma macam dulu,” katanya. – mynewshub.cc

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=gKulTvug-ts

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori