Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri: Kaunter JPN Seluruh...

PUTRAJAYA - Semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan beroperasi mulai Jumaat...

Ternakan Asia 2018 Dapat...

KUALA LUMPUR - Pameran Ternakan Asia 2018 selama tiga hari, mendapat sambutan positif...

Najib Cuti Sakit, Perbicaraan...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development...

Tiada Pembangunan Lepas Pembangkang...

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengundi yang boleh dianggap sebagai bakal pengundi tertua pada...

Kad Ucapan Hari Guru Terima Anugerah Malaysia Book of Records

PUTRAJAYA – Kad ucapan hari guru ciptaan pelajar dari dua sekolah di sini mencatat sejarah apabila menerima anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kad ucapan hari guru terpanjang.

Dihasilkan oleh 2,000 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya (SMK) Presint 8 (1), kad sepanjang 1,386 meter itu ditulis di atas 4,000 kad berukuran A3. (297 milimeter tinggi dan 420 milimeter lebar).

Sambil diperhatikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pelajar berkenaan kemudian berbaris sambil memegang dua keping kad ciptaan mereka di padang kompleks sekolah itu untuk diukur oleh pihak MBOR bagi pengesahan.
Pengasas MBOR Tan Sri Danny Oii kemudian menyerahkan anugerah itu kepada Tengku Adnan sebelum disampaikan kepada Pengetua SMK Putrajaya Presint 8 (1) Zawi Yahaya.

Hadir sama, Guru Besar SK Putrajaya Presint 8 (1), Naemah Ismail. Rekod kad ucapan Hari Guru terpanjang sebelum ini dipegang oleh SMK Tamparuli, Sabah dengan 762 meter panjang membabitkan penyertaan 1,300 pelajar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rekod

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori