• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurubank Mengaku Tidak Bersalah Kes Tipu

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang jurubank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menipu membabitkan wang berjumlah RM100,400 tahun lepas.

Muhammad Rafeel Ramlee, 26, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu Ravindran Sathiaseelan, 51, pengurus syarikat, dengan memperdayanya
sehingga mempercayai urusan permohonan memperbaharui permit pekerja asing adalah wujud sehingga mendorong Ravindran menyerahkan wang tunai RM35,000 kepada tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Muhammad Rafeel didakwa menipu Lim Kooi Foo, 52, dan Tan Eng Eik, 52, kedua-duanya merupakan ahli perniagaan bagi urusan yang sama sehingga mendorong Lim dan Tan menyerahkan wang tunai masing-masing berjumlah RM46,650 dan RM18,750.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi iaitu di Jalan Syed Putra dan di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini pada Disember 2014 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ravindran Selvaraj menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, namun peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili tertuduh, memohon jaminan itu dikurangkan.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Muhammad Rafeel membayar jaminan itu. Mahkamah menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 

Tags: Bankkes tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd